BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Thursday 15 November 2012

Pray for GAZA!!

Bismillah...
 
apa peranan kita sebagai umat Islam selepas kita lihat umat-umat  Islam di Gaza diserang, bom sana bom sini, meletup sana, meletup sini, api sana api sini. mereka menangis kehilangan insan-insan yang mereka sayang, hilang ibu hilang bapa, anak-anak, kawan-kawan, saudara-mara..oo sedihnya.. cuba bayangkan kalaulah kita berada ditempat mereka? Adakah kita kuat menghadapi semua tu? Darah yang mengalir bagaikan air hujan yang membasahi bumi, bermandikan darah merah..tangisan anak kecil pula ibaratkan sayuan meminta pertolongan..itulah yang mereka hadapi..kita disini membisu tanpa tindakan, bahagia dengan kemewahan dunia sedangkan mereka?..sesungguhnya pesanan ni untuk diri sendiri juga..kelak, akan ditanya, apa yang kita lakukan kepada mereka sewaktu kita didunia..sungguh takutkan..sepert kisah ini, seekor burung cuba memadamkan api dgn membawa air menggunakan paruhnya yg kecil..ini maksudnya, burung tu cuba untuk membantu..apatah lagi kita sebagai manusia??

ini Doa Qunut Nazilah yang boleh kita lakukan untuk mereka..


"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu, Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa.. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"..
  
kita juga boleh boikot barang-barang jenama Israel seperti "McD, Nestle, Loreal dan Coca-cola".
marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga ISLAM kembali MENANG!!!
AYUH UMAT ISLAM SEKALIAN!!!
 
wallahu'alam..

Monday 12 November 2012

Disebalik SAHABAT..


Mereka,
menyokong tika diri terkulai tidak bermaya,
memberi peransang kala diperlukan,
menghulur bilamana kesusahan tiba,
menjadi pendengar yang setia,
tidak meminta balasan atas segalanya,
ibarat bunga sebagai penyeri,
ibarat tali tangsi sukar diputuskan,
walaupun ianya hanya sementara,
tapi,
pertemuan itu segalanya dirancang,
mungkin dipinta mahupun sengaja,
percayalah mengapa kita dipertemukan,
mengapa jalinan antara kita semakin menebal,
ingatlah,
ukhuwah antara kita berpaksikan kerana DIA,
tidak manis tanpa gula,
tidak pahit tanpa hempedu,
kerana itulah persahabatan,
semoga ukhuwah antara kita diberkati hendaknya..

sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda..

apa beza teman dan sahabat?teman itu ramai, sahabat pula sedikit..eh yeke sedikit?? ada orang sahabatnya tu ramai..yer,ada orang sabatnya ramai ada orang sedikit..apa yang kita faham mengenai sahabat?yang sentiasa ada kat mana sahaja kita pergi ke?kita ke kanan,dia ikut..kita ke kiri,dia ikut.
tidak..sahabat yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa ingatkan kita.ingatkan kita tentang apa?
ingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ni.menasihati kita bilamana kita leka,menegur kita kala kita salah,menutup aib kita,membawa kita sama-sama ke jalan lurus,supaya istiqamah tidak terputus ditengah jalan,itulah makna sahabat yang sejati.


" selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
saidina Ali.

jadi mana-mana yang da jumpa sahabat tu,kita hargailah sebaik mungkin.bukan senang nak jumpa sahabat yang baik daripada yang terbaik sebab mereka itulah yang terpilih..

bestfriends like a fingers..no one of it, difficult to do something,
bestfriends like a moon..always needed at night,
bestfriends like a rainbow..they are have everything,
whatever of them or like what, they are the best of the best,
because....... 

ALLAH was arranged all of it,
Friend because of ALLAH is the best choice.. 


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)
 
jom hargai sahabat-sahabat kita (^ ^)
saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah!!!



Monday 1 October 2012

Hijrah Hati ^ ^




SAJAK
HIJRAH HATI.
Masih berdiri mencari solusi,
Menyelami diri menyelongkar isi hati,
Cuba menghitung kekhilafan silam,
Beza ketara amalan sekecil zahrah,
Menyedarinya sebelum segumpal darah
mati tiada penghujungnya.

Hati kecil membuka jendela,
Masih gelap tanpa matahari,
Masih sepi tanpa cahaya bulan,
Lantas cinta kudus terhadap-Nya masih kelam,
Sekujur badan bernafas tanpa digilap,
Ternyata,
 Penuh berisi kejahilan yang menelap.

Masih kaku tanpa erti,
Nanah hati dek tusukan duri,
Hanya dipenuhi segenap dosa,
Terlihat sungguh hitam zulumat,
Itulah dia segumpal darah,
Sebesar genggaman,
Hati, hati yang perlu berhijrah,
Mengorak langkah meninggalkan sejarah,
Demi mengejar nur di langit.
Kini,
Tinta hati kian bersuara,
Kotak minda nian melonjak,
Berlari mengejar masa,
Berlari mengejar ketika,
Detik berlalu merentas lautan gelora,
Mendaki gunung yang tidak rata permukaannya,
Kaki ini mengembara di jalan-NYA,
Pada pentas lakonan yang sementara cuma,
Mencari apa?
Mencari petunjuk-Mu yang didambakan selamanya.

Ku hayati kitab-Mu sebagai mukaddimah,
Selami ayat suci tersirat dari-NYA,
Lantaran airmata menitis mengikut graviti bumi,
Leraikan persoalan selama ini dicari dan dinanti,
Bertunjangkan doa berasaskan hati yang hambar,
Membawa hati mujahadah jua istiqamah,
Dalam mencari jalan lurus menuju Firdaus-NYA.

Satu persatu dihijrahkan jua,
Diadunkan semula acuan yang ada,
Muhasabah diri pengikat jiwa,
Tafakurku dalam doa menghubungi-Mu,
Mengharapkan Hidayah-Mu tersemat dalam diriku,
Bagi menambah perasa ruh Islamku,
Agarku kuat teguh berdiri,
Menghadapi ujian-Mu di alam semesta.

Dekad ini,
Hati kecil bersatu mencurahkan mahabbah,
Kepada siapa?
Hanya kepada-Mu Tuhan yang Esa,
Dalam berdakwah di jalan-Mu,
Demi membela syari’at-Mu Ya Allah,
Ku pohon penuhilah dengan nur tanpa awan gelap,
Moga dapat dihidupkan jua dengan ma’rifah-Mu,
Dan ku pinta syahid di jalan-Mu,
Dengan langkah memperjuangkan agama-Mu,
Agama Islam indah nan suci,
Sebagai khalifah di muka bumi ini.
Nukilan,
~Norhidayah i~
Norhidayah Binti Mohd idros
DPP MISC

sajak tersebut telah dibawa bertanding dalam program "Love Letter to Rasulullah".
alhamdulillah berbekalkan anugerah Illahi dengan bakat mengarang mengalir subur dalam diri meyakinkan jari-jemari untuk menghasilkan puisi karya sendiri yang diberi nama "HIJRAH HATI".
puisi tersebut dikaitkan dengan roda kehidupan saya sebagai khalifah bumi sehingga saya berusia 20 tahun kini..
perjalanan hidup yang lalu memberi seribu makna yang tersendiri..
kesesatan menemui jalanNya..
kala petunjuk menghampiri tiba..
tika hati terbuka menerima..
pabila doa istiqamah sebagai pendorongnya...


alhamdulillah ya Allah, puisi tersebut diberi pengiktirafan sebagai naib juara untuk pertandingan bergenre Islamik..sesungguhnya puisi tersebut merujuk kepada diri saya sendiri sebagai hamba Illahi..


syukur sebagai naib juara..^ ^walaupun perasaan tidak disangka menebal dijiwa..dikuatkan juga kaki melangkah mengambil hadiah..

ditemani juga oleh sahabatku yang sentiasa bersama walau dimana jua..haha..dialah classmate jua bestfriend (",) siapa namaya??
 ~NURAMIRAH MOHAMAD~


 sekian dahulu dari saya..
jadikan sejarah pendorong perubahan kita kepada lebih baik kelak..
:::Istiqamah Allah Redha:::

wallahu'alam..
asslaamu'alaikum ^ ^


 

Tuesday 25 September 2012

Soalan Cepumas!!!

Sedang elok melihat barang2 di Emzek, DPP BSN, UUM..
ada seorang kakak melihat saya lalu bertanya satu soalan yg saya kira agak sukar nak jawab spontan..
dimulakan dengan soalan yg biasa..

>>>ketika aku sibuk membelek barang,, tiba2 ada seorang kakak yg sopan dan menjaga auratnya bertanya...

kakak X : adik semester berapa?
saya : semester 3 kak (dengan senyuman)
kakak X : ambil kos ape? muamalat ea?
saya : tak la..ambil kos finance..
kakak X : oooo..
saya : akak ambil muamalat ke?
kakak X : eh x..akak ambil IB (international business)..adik, akak nak bertanya sikit boleh? (senyuman terukir)
saya : tanya??boleh..hehehe. tanya apa?

>>>soalannya berbunyi...
                                           
                                                     
kakak X : em,,,,,,,,,dah berapa lama adik bertudung labuh?? (sambil tersenyum)
saya: belum pernah disoal begini..agak terkejut dan rasa sejuk tangan tiba2..em,, em,, em,,
kakak X : susah ea dik nak jawab..hehe
saya : (cover mungkin) xsusah cuma tengah berfikir berapa lama mula memakai..---->masa 2 tiba2 teringat ketika ditingkatan 5 dan matrik..
kakak X : xpe dik..akak saja tanya..adik selalu beli tudung bidang 50 ke 60?
saya :  bidang 60 kak..


>>>rupa-rupanya...


kakak X : oo,,nah amek nama fb akak..akak ada jual tudung labuh..
saya : yeke..boleh jugak..--->tertera email,nama kakak X dan no.telefon disecebis kertas.
kakak X : nanti add akak yer..n tgk la dekat picture2 tu..
saya : ok..terima kasih kak :)
kakak X : sama2 dik..

>>>moral

jangan gelabah dengan soalan sedemikian..mulakan dengan berfikir positif..
insyaAllah..

:::muslimah sejati kilauan berseri:::


Wednesday 15 August 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..selesai juga kemaskan bilik abang.. Tiba2 tika kemas kat meja dia, terjumpa pula sbuah buku yg bertajuk Risalah Ramadhan Al-Mubarak (meraih Lailatul Qadar)..terdetik kat hati, nak pinjam la..kan da nak tiba 10 mlam terakhir nie..
baca selak, baca selak,,terjumpa dalam 1 halaman nie bkaitan Lailatul Qadar..apa maksud Lailatul Qadar ye?

Allah s.w.t. berfirman yg maksudnya :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan  (al-Qur'an) ini pada malam al-Qadar ; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan. Sejahtera malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!. " (Al-Qadr : 1-5)

Ibnu Abbas r.a. brkata : "Allah menurunkan Al-Qur'an al-Karim keseluruhannya scara skaligus dr Lauh Mahfuz ke Baitul 'Izzah (langit pertama) pd mlm al-Qadar. Kemudian diturunkan scara bransur2 kpd Rasulullah s.a.w. sesuai dgn konteks plbagai pristiwa slama 23 tahun.

keagungan nilai dan keutamaannya terletak di sisi Allah s.w.t. pd mlm itu jua ajal, rezeki, dll ditentukan selama 1 tahun, sbagaimana firman Allah :
Pada malam itu segala urusan penuh hikmah. " (Al-Dukhan :4)

seronok kan siapa dpat bertemu dgn mlm al-Qadar nie..
 Lailatul Qadar itu lbih baik drpd seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan)..bukan shari, sepuluh atau seratus..
ini maksudnya, apabila kita beribadah pd mlm tersebut dgn mlakukan ketaatan, solat, membaca al-Qur'an, zikir dan do'a, maka ianya menyamai dgn beribadah seribu bulan, pd bulan2 yg di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar..nah,,sape xnak,betul x??
 Pada malam yg penuh keselamatan dan kebaikan itu juga para malaikat trmasuk malaikat Jibril akan trun dgn perintah Allah dan mengucapkan salam kpda orang beriman.

 Rasulullah s.a.w. myebutkan keutamaan mlakukan qiamullail di mlm itu. Baginda bersabda
mksudnya :
Sesiapa melakukan solat malam pd saat Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq 'Alaih)
mari kita amalkan doa yg selalu Rasulullah s.a.w. baca di malam2 trakhir ramadhan ni.
"Allahuma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni"
=>Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan, maka ampunilah aku. (Hadis riwayat Al-Tarmizi).
Amalan2 untuk meraih Lailatul Qadar :
  • Menghidupkan malam
  • Mengakhirkan berbuka atau makan malam hingga waktu sahur
  • Mandi di antara Maghrib dan Isya'
  • I'ktikaf (menghentikan kesibukan, mgosongkan fikiran, mgasingkan diri demi bermunajat kpda Allah s.w.t., berzikir dan berdoa kpada-Nya.)
k,,dapat kan?? Tapi...macam mana pulak nak tahu bila malam Lailatul Qadar ni?mmg la 10 mlam terakhir,tp bila eik?? Malam al-Qadar ini berlaku pd mlm2 ganjil iaitu mlm 21, 23, 25, 27, dan 29 Ramadhan.

kat sini Imam Al-Ghazali Rahimahullah brpendapat, berlakunya mlm tersebut boleh dikenali dgn cara ini :
  1. Jika awal Ramadhan jatuh pd hr Ahad @ Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pd mlm 29 Ramadhan.
  2. Jika awal Ramadhan jatuh pd hr Isnin, maka Lailatul Qadar pd malam 21 Ramadhan.
  3. Jika awal Ramadhan jatuh pd hr Selasa @ Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pd 27 Ramadhan.
  4. Jika awal Ramadhan jatuh pada hr Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pd malam 23 Ramadhan.
tetapi, semuanya dirahsiakan Allah s.w.t. bila berlakunya Lailatul Qadar itu supaya umatnya beribadah pd 10 malam terakhir Ramadhan.

 

da ada petua ni,,apa lagi..jom setting niat siap2 dan lakukan. Mari kita ajak ramai2 cari malam Lailatul Qadar ni supaya kita dpat menemuinya utk kehidupan di akhirat kelak..kita xtahu kan bila kita akan pergi, bila kita akan meninggalkan harta y kita ada, meninggalkan pentas dunia yg hanya sementara cuma, meninggalkn mereka yg kita sayang.. Sebab ajal maut nie semua ditentukan olehNya, kita x tahu..
Oleh itu, usah berlengah lg!! "ala..tahun depan kan ada lg. Buat tahun dpan jela". "Alamak, letih pulak badan ni..xlarat nak bangun,esok2 jela.." Alasan biasanya mengaburi hati kita kan.. Pesan utk diri yg alpa ni juga..
Sebagai perkongsian apa yg tahu dan dibaca. Apa2 pun, tingkatkan ibadah, pelihara iman..
Wallahualam...
 


Thursday 2 August 2012

4 da firstly~

Assalamualaikum..

dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..