BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Thursday 15 November 2012

Pray for GAZA!!

Bismillah...
 
apa peranan kita sebagai umat Islam selepas kita lihat umat-umat  Islam di Gaza diserang, bom sana bom sini, meletup sana, meletup sini, api sana api sini. mereka menangis kehilangan insan-insan yang mereka sayang, hilang ibu hilang bapa, anak-anak, kawan-kawan, saudara-mara..oo sedihnya.. cuba bayangkan kalaulah kita berada ditempat mereka? Adakah kita kuat menghadapi semua tu? Darah yang mengalir bagaikan air hujan yang membasahi bumi, bermandikan darah merah..tangisan anak kecil pula ibaratkan sayuan meminta pertolongan..itulah yang mereka hadapi..kita disini membisu tanpa tindakan, bahagia dengan kemewahan dunia sedangkan mereka?..sesungguhnya pesanan ni untuk diri sendiri juga..kelak, akan ditanya, apa yang kita lakukan kepada mereka sewaktu kita didunia..sungguh takutkan..sepert kisah ini, seekor burung cuba memadamkan api dgn membawa air menggunakan paruhnya yg kecil..ini maksudnya, burung tu cuba untuk membantu..apatah lagi kita sebagai manusia??

ini Doa Qunut Nazilah yang boleh kita lakukan untuk mereka..


"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu, Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa.. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"..
  
kita juga boleh boikot barang-barang jenama Israel seperti "McD, Nestle, Loreal dan Coca-cola".
marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga ISLAM kembali MENANG!!!
AYUH UMAT ISLAM SEKALIAN!!!
 
wallahu'alam..

Monday 12 November 2012

Disebalik SAHABAT..


Mereka,
menyokong tika diri terkulai tidak bermaya,
memberi peransang kala diperlukan,
menghulur bilamana kesusahan tiba,
menjadi pendengar yang setia,
tidak meminta balasan atas segalanya,
ibarat bunga sebagai penyeri,
ibarat tali tangsi sukar diputuskan,
walaupun ianya hanya sementara,
tapi,
pertemuan itu segalanya dirancang,
mungkin dipinta mahupun sengaja,
percayalah mengapa kita dipertemukan,
mengapa jalinan antara kita semakin menebal,
ingatlah,
ukhuwah antara kita berpaksikan kerana DIA,
tidak manis tanpa gula,
tidak pahit tanpa hempedu,
kerana itulah persahabatan,
semoga ukhuwah antara kita diberkati hendaknya..

sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda..

apa beza teman dan sahabat?teman itu ramai, sahabat pula sedikit..eh yeke sedikit?? ada orang sahabatnya tu ramai..yer,ada orang sabatnya ramai ada orang sedikit..apa yang kita faham mengenai sahabat?yang sentiasa ada kat mana sahaja kita pergi ke?kita ke kanan,dia ikut..kita ke kiri,dia ikut.
tidak..sahabat yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa ingatkan kita.ingatkan kita tentang apa?
ingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ni.menasihati kita bilamana kita leka,menegur kita kala kita salah,menutup aib kita,membawa kita sama-sama ke jalan lurus,supaya istiqamah tidak terputus ditengah jalan,itulah makna sahabat yang sejati.


" selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
saidina Ali.

jadi mana-mana yang da jumpa sahabat tu,kita hargailah sebaik mungkin.bukan senang nak jumpa sahabat yang baik daripada yang terbaik sebab mereka itulah yang terpilih..

bestfriends like a fingers..no one of it, difficult to do something,
bestfriends like a moon..always needed at night,
bestfriends like a rainbow..they are have everything,
whatever of them or like what, they are the best of the best,
because....... 

ALLAH was arranged all of it,
Friend because of ALLAH is the best choice.. 


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)
 
jom hargai sahabat-sahabat kita (^ ^)
saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah!!!