BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Wednesday 15 August 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..selesai juga kemaskan bilik abang.. Tiba2 tika kemas kat meja dia, terjumpa pula sbuah buku yg bertajuk Risalah Ramadhan Al-Mubarak (meraih Lailatul Qadar)..terdetik kat hati, nak pinjam la..kan da nak tiba 10 mlam terakhir nie..
baca selak, baca selak,,terjumpa dalam 1 halaman nie bkaitan Lailatul Qadar..apa maksud Lailatul Qadar ye?

Allah s.w.t. berfirman yg maksudnya :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan  (al-Qur'an) ini pada malam al-Qadar ; Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan. Sejahtera malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!. " (Al-Qadr : 1-5)

Ibnu Abbas r.a. brkata : "Allah menurunkan Al-Qur'an al-Karim keseluruhannya scara skaligus dr Lauh Mahfuz ke Baitul 'Izzah (langit pertama) pd mlm al-Qadar. Kemudian diturunkan scara bransur2 kpd Rasulullah s.a.w. sesuai dgn konteks plbagai pristiwa slama 23 tahun.

keagungan nilai dan keutamaannya terletak di sisi Allah s.w.t. pd mlm itu jua ajal, rezeki, dll ditentukan selama 1 tahun, sbagaimana firman Allah :
Pada malam itu segala urusan penuh hikmah. " (Al-Dukhan :4)

seronok kan siapa dpat bertemu dgn mlm al-Qadar nie..
 Lailatul Qadar itu lbih baik drpd seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan)..bukan shari, sepuluh atau seratus..
ini maksudnya, apabila kita beribadah pd mlm tersebut dgn mlakukan ketaatan, solat, membaca al-Qur'an, zikir dan do'a, maka ianya menyamai dgn beribadah seribu bulan, pd bulan2 yg di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar..nah,,sape xnak,betul x??
 Pada malam yg penuh keselamatan dan kebaikan itu juga para malaikat trmasuk malaikat Jibril akan trun dgn perintah Allah dan mengucapkan salam kpda orang beriman.

 Rasulullah s.a.w. myebutkan keutamaan mlakukan qiamullail di mlm itu. Baginda bersabda
mksudnya :
Sesiapa melakukan solat malam pd saat Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq 'Alaih)
mari kita amalkan doa yg selalu Rasulullah s.a.w. baca di malam2 trakhir ramadhan ni.
"Allahuma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni"
=>Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai pengampunan, maka ampunilah aku. (Hadis riwayat Al-Tarmizi).
Amalan2 untuk meraih Lailatul Qadar :
  • Menghidupkan malam
  • Mengakhirkan berbuka atau makan malam hingga waktu sahur
  • Mandi di antara Maghrib dan Isya'
  • I'ktikaf (menghentikan kesibukan, mgosongkan fikiran, mgasingkan diri demi bermunajat kpda Allah s.w.t., berzikir dan berdoa kpada-Nya.)
k,,dapat kan?? Tapi...macam mana pulak nak tahu bila malam Lailatul Qadar ni?mmg la 10 mlam terakhir,tp bila eik?? Malam al-Qadar ini berlaku pd mlm2 ganjil iaitu mlm 21, 23, 25, 27, dan 29 Ramadhan.

kat sini Imam Al-Ghazali Rahimahullah brpendapat, berlakunya mlm tersebut boleh dikenali dgn cara ini :
  1. Jika awal Ramadhan jatuh pd hr Ahad @ Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pd mlm 29 Ramadhan.
  2. Jika awal Ramadhan jatuh pd hr Isnin, maka Lailatul Qadar pd malam 21 Ramadhan.
  3. Jika awal Ramadhan jatuh pd hr Selasa @ Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pd 27 Ramadhan.
  4. Jika awal Ramadhan jatuh pada hr Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pd malam 23 Ramadhan.
tetapi, semuanya dirahsiakan Allah s.w.t. bila berlakunya Lailatul Qadar itu supaya umatnya beribadah pd 10 malam terakhir Ramadhan.

 

da ada petua ni,,apa lagi..jom setting niat siap2 dan lakukan. Mari kita ajak ramai2 cari malam Lailatul Qadar ni supaya kita dpat menemuinya utk kehidupan di akhirat kelak..kita xtahu kan bila kita akan pergi, bila kita akan meninggalkan harta y kita ada, meninggalkan pentas dunia yg hanya sementara cuma, meninggalkn mereka yg kita sayang.. Sebab ajal maut nie semua ditentukan olehNya, kita x tahu..
Oleh itu, usah berlengah lg!! "ala..tahun depan kan ada lg. Buat tahun dpan jela". "Alamak, letih pulak badan ni..xlarat nak bangun,esok2 jela.." Alasan biasanya mengaburi hati kita kan.. Pesan utk diri yg alpa ni juga..
Sebagai perkongsian apa yg tahu dan dibaca. Apa2 pun, tingkatkan ibadah, pelihara iman..
Wallahualam...
 


No comments:

Post a Comment