BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Monday 12 November 2012

Disebalik SAHABAT..


Mereka,
menyokong tika diri terkulai tidak bermaya,
memberi peransang kala diperlukan,
menghulur bilamana kesusahan tiba,
menjadi pendengar yang setia,
tidak meminta balasan atas segalanya,
ibarat bunga sebagai penyeri,
ibarat tali tangsi sukar diputuskan,
walaupun ianya hanya sementara,
tapi,
pertemuan itu segalanya dirancang,
mungkin dipinta mahupun sengaja,
percayalah mengapa kita dipertemukan,
mengapa jalinan antara kita semakin menebal,
ingatlah,
ukhuwah antara kita berpaksikan kerana DIA,
tidak manis tanpa gula,
tidak pahit tanpa hempedu,
kerana itulah persahabatan,
semoga ukhuwah antara kita diberkati hendaknya..

sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda..

apa beza teman dan sahabat?teman itu ramai, sahabat pula sedikit..eh yeke sedikit?? ada orang sahabatnya tu ramai..yer,ada orang sabatnya ramai ada orang sedikit..apa yang kita faham mengenai sahabat?yang sentiasa ada kat mana sahaja kita pergi ke?kita ke kanan,dia ikut..kita ke kiri,dia ikut.
tidak..sahabat yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa ingatkan kita.ingatkan kita tentang apa?
ingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ni.menasihati kita bilamana kita leka,menegur kita kala kita salah,menutup aib kita,membawa kita sama-sama ke jalan lurus,supaya istiqamah tidak terputus ditengah jalan,itulah makna sahabat yang sejati.


" selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
saidina Ali.

jadi mana-mana yang da jumpa sahabat tu,kita hargailah sebaik mungkin.bukan senang nak jumpa sahabat yang baik daripada yang terbaik sebab mereka itulah yang terpilih..

bestfriends like a fingers..no one of it, difficult to do something,
bestfriends like a moon..always needed at night,
bestfriends like a rainbow..they are have everything,
whatever of them or like what, they are the best of the best,
because....... 

ALLAH was arranged all of it,
Friend because of ALLAH is the best choice.. 


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)
 
jom hargai sahabat-sahabat kita (^ ^)
saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah!!!



No comments:

Post a Comment